
BANGKOK: Meskipun tersedia secara meluas sejurus dikeluarkan daripada senarai jenayah tahun lalu di Thailand, namun penggunaan ganja untuk riadah tidak disenangi oleh Perdana Menterinya, Srettha Thavisin.
Beliau menegaskan pengeluaran dari senarai jenayah hanya untuk kegunaan perubatan dan barang pengguna.
Tegasnya, beliau tidak menyokong penggunaan ganja secara rekreasi, namun penggunaan bahan itu hanya untuk tujuan perubatan sahaja.
Ujarnya, jika masala berkaitan bahan itu menular dalam kalangan masyarakat, mungkin menyebabkan masalah dadah narkotik yang lebih meluas.
Ketika kempen pilihan raya umum Mac lalu, Srettha menyuarakan bantahan terhadap penggunaan dadah secara riadah.
Thailand mengeluarkan tumbuhan ganja daripada senarai narkotik pada Jun 2022 ketika di bawah pemerintahan kerajaan terdahulu.
Ini pertama kali diluluskan dalam sejarah Thailand yang terkenal dengan undang-undang dadah yang ketat, sekali gus mendorong ratusan dispensari ganja wujud di ibu kota Bangkok hingga mencetuskan kemarahan umum, serta gesaan terhadap keperluan untuk undang-undang lebih ketat.
Pengeluaran ganja dari senarai jenayah dianggap langkah menguntungkan ekonomi pelancongan yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Pasaran ganja Thailand dianggarkan bernilai 1.2 bilion dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang 2025.