comscore
Tumpuan :
Dunia

Poket City paling ‘kembung’

MANCHESTER: Manchester City dijangka memperoleh RM942 juta daripada dana Liga Perdana Inggeris (EPL) dan wang kemenangan pada musim ini sekali gus menjadi amaun tertinggi untuk mana-mana pemenang bagi divisyen elit itu.

Ketika skuad bimbingan Pep Guardiola itu merangkul kejuaraan keempatnya Mei tahun lalu, mereka hanya mendapat RM869 juta namun jumlah itu meningkat susulan kontrak televisyen luar negara yang lebih baik bermula 2022-2023.

Setiap ganjaran pasukan dilakukan menerusi enam elemen berbeza iaitu agihan sama rata bagi wang tunai menerusi siaran domestik dan luar negara ; jumlah yang berbeza untuk domestik dan luar negara berdasarkan merit mengikut kedudukan terakhir.

Selain itu, wang ‘fasiliti’ yang meningkatkan kekerapan pasukan muncul dalam siaran langsung di televisyen di United Kingdom serta agihan pendapatan komersial liga.

Sebelum ini, semua agihan wang tunai televisyen asing diagihkan sama rata sehingga pasukan besar menuntut agihan lebih besar buat mereka.

Mereka mengatakan pasukan yang lebih banyak ditonton peminat di peringkat antarabangsa adalah Manchester United dan Liverpool berbanding Arsenal, Chelsea serta pasukan lain.

Situasi ini sekali gus menyebabkan mereka mahukan agihan yang lebih tinggi.

Kata putus dimeterai apabila bermula musim 2019-2020, sebarang tambahan wang tunai dari luar akan diagihkan secara merit berdasarkan kedudukan liga dan bukannya sama rata namun ia terbantut susulan COVID-19.

Bagi kitaran pertama yang akan bermula pada musim 2022-2023, Southampton yang berada di tempat ke-20 hanya mendapat RM8.52 juta daripada duit merit luar negara sementara City mendapat RM125 juta.

Loading...
Terkini