comscore
Tumpuan :
Dunia

Poland dalam keadaan waspada

FOTO: REUTERS

LVIV: Pihak ketenteraan Poland kini sedang dalam keadaan waspada tahap tertinggi selepas serangan roket yang disasarkan ke sebuah kampung di Poland meragut dua nyawa.

Sementara itu di Bali, Indonesia, pemimpin Barat mengadakan sidang meja bulat kecemasan di samping sidang kemuncak G20 untuk turut membincangkan tentang ketegangan yang masih berlanjutan di Ukraine.

Perbincangan itu tercetus apabila Presiden Poland, Andrzej Duda memberitahu tiada bukti yang jelas mengenai siapa melancarkan peluru berpandu menyasarkan kampung Przewodow, dekat sempadan Ukraine.

Duda percaya roket itu adalah buatan Rusia.

Presiden Amerika Syarikat bagaimanapun khuatir sekiranya misil itu datang dari Rusia sementara Perancis menggesa semua untuk berhati-hati dalam mengenalpasti dalang di sebalik serangan.

Buat masa ini, polis bertindak mengepung kawasan kejadian.

Dalam pada itu, pihak kedutaan Moscow telah diarah untuk menyediakan penjelasan terperinci dengan kadar segera selain tentera telah diletakkan dalam keadaan berwaspada, khususnya kawasan bersempadan wilayah bergolak.

Loading...
Terkini