comscore
Tumpuan :
Dunia

Polis Belanda tahan 1,000 aktivis alam sekitar di The Hague

The Hague, Belanda.- Foto: Reuters

AMSTERDAM: Polis Belanda pada Sabtu menahan kira-kira 1,000 aktivis alam sekitar kerana menghalang lebuh raya di bandar-bandar utama, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Tahun lalu, kumpulan alam sekitar Extinction Rebellion (XR) berkali-kali bertindak menghalang lebuh raya A12 di The Hague bagi menuntut kerajaan memotong semua subsidi bahan api fosil seperti arang batu, minyak dan gas.

Stesen penyiaran awam Belanda NOS melaporkan bahawa usaha polis untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang memenuhi jalan raya mengambil masa lebih lama.

Pihak berkuasa tempatan berkata bahawa lebuh raya itu akan dibuka semula kepada lalu lintas.

Pada Oktober, majoriti Ahli Parlimen Belanda mengundi untuk mengurangkan subsidi bagi bahan api dan menyeru kerajaan untuk mengemukakan cadangan khusus sebelum akhir 2023. — BERNAMA-dpa

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini