comscore
Tumpuan :
Dunia

Polis Israel tahan 42 individu berhubung kes tembak

Foto: AFP

TEBING BARAT : 42 individu ditahan polis Israel susulan kes bunuh tujuh penduduk haram Yahudi di Baitulmaqdis.

Antara yang ditahan termasuk ahli keluarga serta jiran suspek.

Suspek dikatakan berusia 21 tahun mati ditembak selepas dikejar polis.

Dalam satu kenyataan berasingan, polis Israel memberitahu, susulan kejadian kawalan keselamatan di lokasi terbabit dipertingkat.

Dalam kejadian lewat malam semalam, sekurang-kurangnya 7 orang maut manakala 10 yang lain cedera dalam serangan di kuil Yahudi di pinggir Baitulmaqdis.

Serangan berlaku di Neve Ya’akov ketika penganut Yahudi berkumpul bagi meraikan upacara keagamaan mereka. –  AFP

Loading...
Terkini