comscore
Tumpuan :
Dunia

Polis tahan lelaki cuba memasuki kediaman Taylor Swift

NEW YORK: Polis menahan seorang lelaki kerana cuba memasuki kediaman milik milik penyanyi dan komposer Taylor Swift di Tribeca, New York, pada Sabtu.

Daily News melaporkan, polis New York menerima mendapat laporan mengenai kehadiran individu mencurigakan di Jalan Franklin dan suspek itu, yang namanya belum didedahkan, cuba memasuki kediaman Swift.

 

Sumber itu berkata, selepas memeriksa rekodnya, polis menahan suspek kerana gagal menjawab mengenai satu saman dikenakan terhadapnya kerana berkelakuan tidak senonoh di Brooklyn pada 2017.

Tidak jelas sama ada suspek lelaki berkenaan akan didakwa kerana cuba memasuki kediaman Swift.

Peminat fanatiknya sebelum ini mempunyai rekod panjang cuba mencari Swift di rumahnya di Manhattan.

Sumber polis berkata, pada Julai 2022, Joshua Christian, 35 dari Brooklyn didakwa muncul di kediaman bintang pop itu.

Katanya, Christian menjerit menerusi interkom di kediaman itu, sambil memberi amaran akan mencederakan bintang pop itu jika mereka tidak bersama.

Dalam kejadian berasingan pada Januari 2022 pula, Morgan Mank yang mabuk merempuh tepi kediaman itu dengan kenderaannya, kemudian mendakwa tidak akan meninggalkan tempat kejadian sehingga dapat bertemu Swift.

Swift juga pernah menghadapi masalah dengan peminat fanatik yang cuba mendapatkan akses ke hartanahnya yang lain, termasuk rumahnya di Beverly Hills dan rumah agamnya di Rhode Island.- BERNAMA/DPA

Loading...
Terkini