comscore
Tumpuan :
Dunia

Polis tembak mati 13 penunjuk perasaan ceroboh kawasan parlimen

Foto: Reuters

NAIROBI: Sekurang-kurangnya 13 maut selepas polis melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang menyerbu kawasan parlimen di Nairobi, Kenya.

Situasi itu mencetuskan lagi ketegangan ketika protes kenaikan cukai semakin memuncak di negara itu.

Kemarahan yang disuarakan berhubung kenaikan cukai menyaksikan protes bertukar ganas.

Tindakan luar kawalan penunjuk perasaan menceroboh kawasan parlimen memaksa polis bertindak sedemikian sehingga mengakibatkan pertumpahan darah.

Pejabat Gabenor Nairobi di kompleks ibu kota turut dibakar penunjuk perasaan, selain penggubal undang-undang terpaksa berlindung di terowong bawah tanah sebagai langkah keselamatan.

Tunjuk perasaan masih berlarutan susulan cadangan kerajaan menaikkan cukai tambahan bernilai AS$2.7 bilion.

Cadangan berkenaan bertujuan mengurangkan defisit bajet negara, namun kebanyakannya menyatakan bantahan. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini