comscore
Tumpuan :
Dunia

Presiden China gesa tarik balik sekatan unilateral – Laporan

Foto AP

BEIJING: Presiden China Xi Jinping menggesa ekonomi global utama pada sidang kemuncak G20 supaya menentang tindakan mempolitikkan dan menjadikan dagangan makanan dan tenaga sebagai senjata, selain menarik balik sekatan unilateral dalam kerjasama penyelidikan dan teknologi, lapor Sputnik.

“Kita perlu menentang sebarang tindakan mempolitikkan atau menjadikan isu makanan dan tenaga sebagai senjata dengan sengaja. Sekatan perlu ditarik balik secara unilateral dan membatalkan sekatan dalam bidang kerjasama penyelidikan dan teknologi yang berkaitan,” kata Xi memetik laporan China Central Television (CCTV).

Pemimpin China itu yakin, isu itu boleh diselesaikan melalui kerjasama antarabangsa menerusi pemantauan ke atas pasaran serta mewujudkan pasaran komoditi yang terbuka dan mampan, menggunakan usaha bersama untuk menstabilkan harga dan rantaian bekalan.

“Jaminan keselamatan makanan dan tenaga adalah cabaran paling relevan dalam pembangunan global. Krisis semasa bukanlah disebabkan isu pengeluaran dan permintaan tetapi masalah dalam rantaian bekalan dan gangguan dalam kerjasama antarabangsa,” kata Xi.

Selain itu, Xi berkata peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh perbaharui sangat penting kerana ia tidak akan merosakkan ekonomi dan taraf hidup rakyat.

Sidang kemuncak G20 berlangsung di Pulau Bali, Indonesia dari 15-16 November. – BERNAMA

Loading...
Terkini