NAIROBI: Presiden Comoros, Azali Assoumani cedera ringan akibat ditikam dengan pisau semasa beliau berada di bandar Salimani Itsandra pada Jumaat.
Menurut tempatan melaporkan seorang penyerang menghampiri presiden dan menikamnya dengan pisau.
Kakitangan keselamatan dengan pantas bertindak dan menangkap penyerang.
Motif di sebalik serangan itu masih belum dikenal pasti.
Penyerang yang identitinya belum didedahkan, kini dalam tahanan polis, dan siasatan sedang dijalankan. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.