comscore
Tumpuan :
Dunia

Presiden Filipina dikritik naik helikopter tonton konsert Coldplay

MANILA: Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr mendapat kecaman dalam talian selepas beliau menggunakan helikopter kerajaan untuk mengelak kesesakan trafik di ibu kota negara itu untuk menyaksikan konsert kumpulan rock popular, Coldplay semalam.

Kebanyakan netizen di media sosial meluahkan kekecewaan mereka berkenaan lalu lintas yang sesak di sekitar Manila, sebuah bandaraya luas dihuni lebih 13 juta orang.

Metro Manila mempunyai trafik paling teruk di antara 387 bandar di 55 negara dunia dalam indeks dikeluarkan oleh firma navigasi dan pemetaan, Tom Tom sebelum ini.

Ia mengambil masa kira-kira 25 minit dan 30 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer di Metro Manila, menurut dapatan firma itu.

Situasi kesesakan teruk di ibu kota itu turut dikongsi penyanyi Coldplay, Chris Martin.

“Kami melihat beberapa lalu lintas di sini, saya fikir kamu adalah yang nombor satu di dunia. Jadi, terima kasih, terima kasih kerana berusaha mengharungi semua masalah itu untuk berada di sini,” katanya kepada peminat ketika berlangsung konsert itu

.Netizen pula pantas menyatakan Marcos adalah individu yang tidak perlu mengharungi kepayahan itu untuk hadir ke konsert berkenaan.

Ada yang menganggap komeni Martin itu sebagai peringatan kepada presiden, namun dalam video di Tik Tok, Marcos yang juga peminat muzik, dilihat tersenyum dan menganggap ia seakan jenaka.

Konsert itu berlangsung kira-kira 30 kilometer di utara ibu kota Manila, namun penonton biasanya perlu meninggalkan rumah mereka sekurang-kurangnya tiga jam sebelum acara bermula, terutamanya jika artis popular yang membuat persembahan.

Ada peminat berkongsi di media sosial, bahawa mereka perlu bertolak pagi untuk ke konsert berkenaan yang hanya bermula pada jam 7 malam.

Loading...
Terkini