Tumpuan :
Dunia

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dipecat

Yoon Suk-yeol.- Foto: Reuters

Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol telah dipecat dalam undian di Parlimen atas cubaan untuk mengenakan undang-undang tentera, suatu tindakan yang menyebabkan Korea Selatan terjerumus ke dalam kekacauan politik

Ahli parlimen yang bersidang telah mengundi dengan keputusan 204 berbanding 85 pada hari ini untuk memecat Yoon.

Ia adalah undian kedua yang berlaku dalam tempoh lapan hari. Tiga ahli mengambil keputusan berkecuali dan lapan undian dianggap tidak sah.

Undian dilakukan secara sulit, dengan dua pertiga undian diperlukan untuk pemecatan.

Dengan pemecatan itu, Yoon secara automatik digantung dari jawatan sementara Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mempertimbangkan nasibnya.

Mahkamah Perlembagaan kemudian mempunyai 180 hari untuk membuat keputusan mengenai masa depan Yoon.

Jika ia menyokong pemecatan iut, Yoon akan menjadi presiden kedua dalam sejarah Korea Selatan yang berjaya dipecat.

Perdana Menteri Han Duck-soo mengambil alih sebagai presiden sementara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini