
MEXICO: Presiden Claudia Sheinbaum berkata bahawa dekri Presiden AS, Donald Trump, awal minggu ini yang mengkategorikan kartel dadah yang berpusat di negara itu sebagai kumpulan pengganas “tidak akan membantu,” sambil menambah bahawa pemerintahannya tetap bersiap sedia menghadapi kesan undang-undang yang mungkin timbul.
Pemimpin berhaluan kiri itu menyatakan bahawa satu pasukan peguam telah dibentuk untuk menganalisis kesan ekonomi yang mungkin timbul daripada dekri Trump yang dikeluarkan pada hari pertama penggal barunya, termasuk kepada kumpulan yang tidak mempunyai kaitan dengan jenayah terancang.
“Kami percaya ini tidak akan membantu, tetapi apa yang akan membantu adalah kerjasama dan penyelarasan bersama,” kata Sheinbaum. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.