Tumpuan :
Dunia

Presiden Palestin, Ketua Hamas setuju segerakan penubuhan jawatankuasa bersama

Foto: Reuters

ISTANBUL: Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan ketua biro politik Hamas Ismail Haniyeh pada Khamis bersetuju untuk menyegerakan penubuhan jawatankuasa bagi membincangkan prospek keamanan di Palestin.

Menurut kenyataan Hamas, Haniyeh dan Abbas berbincang melalui telefon susulan keputusan yang dicapai pada mesyuarat kumpulan Palestin di peringkat setiausaha agung di Al-Alamein, Mesir pada 30 Julai lepas.

Pada mesyuarat itu, kedua-dua pihak bersetuju menyegerakan penubuhan jawatankuasa susulan antara kumpulan yang akan membincangkan semua perkara relevan, lapor Agensi Anadolu.

Pada 27 Julai, Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mengadakan pertemuan tertutup dengan Abbas dan Haniyeh. Erdogan berkata Turkiye menyambut baik rakyat Palestin menyelesaikan perselisihan sesama mereka.

Ankara menyokong kuat penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin, termasuk penubuhan negara Palestin dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. – BERNAMA-ANADOLU

Loading...
Terkini