comscore
Tumpuan :
Dunia

Projek kilang Tesla bakal sedia lebih 5,000 peluang pekerjaan di Mexico

FOTO: REUTERS

MEXICO:  Pengeluar kenderaan elektrik, Tesla menyasarkan untuk menyediakan 5,000 hingga 6,000 peluang pekerjaan dan menarik aliran pelaburan sehingga AS$5 bilion, menerusi projek pembinaan kilang di Mexico, lapor Xinhua.

Kementerian Luar Mexico, dalam satu kenyataan pada Khamis, mengalu-alukan pengesahan syarikat itu bahawa kilang Tesla akan dibina di Santa Catarina, sebuah bandar di Nuevo Leon.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk,  kilang itu akan menyumbang kepada pengeluaran kereta elektrik dan membantu membangunkan teknologi untuk penyimpanan tenaga bersih.

Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador berkata kilang itu akan dibina berhampiran Monterrey, ibu negeri Nuevo Leon dan projek berkenaan mewakili pelaburan ‘besar’ yang akan mewujudkan banyak pekerjaan. – BERNAMA

Loading...
Terkini