comscore
Tumpuan :
Dunia

Proses pengundian bermula di Jammu dan Kashmir

Foto: Reuters

NEW DELHI: Proses pengundian di Jammu dan Kashmir bermula pada Rabu, menurut seorang pegawai kerajaan tempatan kepada Xinhua melalui panggilan telefon.

Pengundian berlangsung sehingga 6 petang waktu tempatan di 24 kawasan Dewan Undangan semasa fasa pertama. Wilayah itu mempunyai sejumlah 90 kawasan Dewan Undangan.

Para pengundi dilihat beratur panjang menunggu giliran mereka untuk mengundi.

Pilihan raya Dewan Undangan diadakan di wilayah itu selepas tempoh 10 tahun.

Memetik angka rasmi, Hindustan Times melaporkan bahawa lebih 2.3 juta pengundi layak mengundi di tujuh daerah.

Daripada 24 kawasan Dewan Undangan, lapan merangkumi tiga daerah di wilayah Jammu iaitu Doda, Ramban, dan Kishtwar manakala 16 di empat daerah di Kashmir iaitu Anantnag, Pulwama, Shopian, dan Kulgam.  — BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini