comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan dikhuatiri maut, kebakaran apartmen 9 tingkat di Hanoi

HANOI: Puluhan orang dikhuatiri maut dalam satu kebakaran apartmen sembilan tingkat di Hanoi, Vietnam.

Menurut Agensi Berita Vietnam, VNA 54 orang dibawa ke hospital bagi menerima rawatan.

Saksi kejadian mendakwa kebakaran dilaporkan bermula di tingkat letak kereta.

Setakat ini, pihak berkuasa tempatan belum mendedahkan butiran lanjut berhubung angka rasmi jumlah korban dan mangsa yang cedera.

Kebakaran berlaku pada sebelah malam waktu tempatan.

Api hanya berjaya dikawal beberapa jam kemudian.

Maklumat awal mendapati apartmen terbabit didiami 150 penduduk.

Sehubungan itu, polis melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran.

Loading...
Terkini