GAZA: Tentera penceroboh Israel pada Jumaat malam mengebom sebuah sekolah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) di kawasan al-Saftawy, utara Semenanjung Gaza.
Kemudahan itu menjadi tempat perlindungan ribuan penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat konflik di Gaza.
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan pesawat pejuang Israel mengebom Osama Bin Zaid School, membunuh dan mencederakan berpuluh-puluh orang.
Rakaman video dan foto menunjukkan mayat-mayat mangsa berkecai akibat serangan udara itu.
Menurut beberapa sumber tempatan, tentera Israel secara langsung menyasarkan sekolah itu, ketika ribuan orang berada di dalam bangunan berkenaan. – BERNAMA-WAFA
| ARTIKEL BERKAITAN
- Putin sifatkan orang yang lihat Gaza tanpa reaksi sebagai ‘hati batu’
- Selepas ambulans, rejim zionis lancar serangan ke lokasi kritikal lain
- Israel dan sekutu bertanggungjawab atas keganasan di Gaza
- Hamas bukan pengganas, tapi kumpulan pejuang pertahankan bumi & hak mereka – Erdogan
- Gelar Palestin ‘pengganas’, Netanyahu persiap bala tentera lancar serangan darat ke Gaza
- Rejim Israel mula tempatkan aset tentera di Semenanjung Gaza
- [VIDEO] Lebih 700 maut dalam serangan Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam
- [VIDEO] “Kita akan tunjukkan pada dunia Israel adalah penjenayah perang” – Erdogan
- 47 masjid musnah, 3 gereja rosak dibom Israel