comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan maut dalam tempoh 24 jam di Gaza

Foto: Reuters

GAZA: Berpuluh-puluh maut dalam serangan pesawat tentera rejim Zionis di wilayah utara, tengah dan selatan Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.

Antara lokasi sasaran termasuk lima kediaman di daerah Sabra dan Shujayea.

Sejumlah mangsa dapat diselamatkan dari bawah sisa runtuhan manakala beberapa lagi individu masih hilang.

Enam terbunuh dan sejumlah lagi cedera dalam bedilan ke atas Jabalia di utara Gaza.

Foto: Reuters

Sasaran lain termasuk Kem Pelarian Bureij di wilayah tengah Gaza yang meragut nyawa penduduk dengan sejumlah yang lain cedera.

Di wilayah selatan, sebuah sekolah turut dibedil dengan alasan, ia menjadi tempat perlindungan Pejuang Hamas.

Ketegangan di Tebing Barat pula menyaksikan 28 penduduk Palestin ditahan termasuk pelajar wanita.

Lapor media Al Jazeera, ada mangsa yang teruk dibelasah dan keluarga mereka diugut – AL JAZEERA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini