Tumpuan :
Dunia

Puluhan penduduk maut dalam serangan Israel di Beit Lahiya

FOTO: Reuters

GAZA: Ketegangan terbaharu di Gaza menyaksikan serangan senjata api bertali arus serta letupan di Beit Lahiya dengan puluhan mangsa dilaporkan maut.

Sebuah bangunan lima tingkat yang dihuni kira-kira 100 penduduk dibedil oleh pengganas rejim Israel.

Pada masa sama, pasukan paramedik tidak dapat memasuki kawasan terbabit.

FOTO: Reuters

Sementara itu, 15 lagi maut dalam serangan ke atas Rafah dan Kem Pelarian Bureij awal pagi tadi.

Sasaran lain termasuk Sekolah Abu Assi di bawah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB yang terletak dalam Kem Pelarian Shati.

Serangan itu mengakibatkan 10 terbunuh manakala 20 yang lain cedera.

Lima lagi kematian termasuk seorang kanak-kanak dilaporkan dalam serangan ke atas Kem Pelarian Nuseirat.

FOTO: Reuters

Pengganas rejim juga dilaporkan dalam proses merobohkan puluhan rumah penduduk Palestin di Kem Pelarian Jabalia.

Penduduk Palestin di Tebing Barat turut berdepan keganasan pendatang haram Yahudi yang membakar rumah dan kenderaan penduduk.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini