comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan ribu penyokong raikan kemenangan Real Madrid

Foto: Reuters

MADRID: Puluhan ribu penyokong Real Madrid meraikan gelaran Piala Eropah ke-15 kelab kesayangan mereka di pusat bandar Madrid, mengiringi bas terbuka pasukan dan berkerumun untuk cuba mendekati barisan pemain.

Real Madrid menewaskan Borussia Dortmund 2-0 di Stadium Wembley, London, dalam final Liga Juara-Juara, semalam selepas kebangkitan di hujung permainan dalam perlawanan yang kebanyakannya dikuasai oleh kelab Jerman itu pada sejam pertama.

“Jika anda tidak membunuh Madrid, ia akan membunuh anda,” kata penyokong Real Madrid, Diego de la Cruz, kepada Reuters.

Sejak semalam jersi putih dapat dilihat di hampir setiap sudut kota.

Selepas wisel penamat, orang ramai bersorak keluar ke jalanan dan menyanyi sepanjang perjalanan ke kawasan air pancut Cibeles, di mana barisan pemain secara tradisinya meraikan kemenangan mereka dengan penyokong.

Presiden kelab, Florentino Perez, mengucapkan terima kasih kepada pemain tengah Toni Kroos, yang telah menyatakan hasrat untuk bersara selepas Euro 2024.

“Terima kasih untuk 10 tahun yang tidak dapat dilupakan,” kata Kroos pula kepada penyokong yang melaungkan ‘Toni, kekal’.

Anggota polis dikerah mengawal situasi semasa serta mengiringi bas pasukan kawasan air pancut Cibeles.

Sambutan berakhir di Stadium Santiago Bernabeu dengan pertunjukan cahaya. Di atas pentas khas yang didirikan untuk majlis itu, pemain tengah, Luka Modric, 38, mengesahkan dia akan terus kekal di kelab itu.

“Jumpa anda musim depan,” katanya kepada penyokong.-REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini