comscore
Tumpuan :
Dunia

Puluhan ribu warga Israel gesa pembebasan tebusan Hamas

FOTO: Reuters

TEL AVIV: Puluhan ribu penunjuk perasaan berhimpun di Tel Aviv pada hari Sabtu (22 Jun) menggesa pembebasan tebusan Hamas.

Bantahan sedemikian telah menjadi acara mingguan, menggariskan perpecahan dalam masyarakat Israel, yang telah dibuka semula berikutan tempoh perpaduan pada permulaan perang.

Kempen darat dan udara tentera Israel di Gaza tercetus apabila serangan mengejut pejuang Hamas menyerbu ke wilayah selatan Israel pada 7 Oktober tahun lalu, meragut nyawa kira-kira 1,200 orang selain menawan lebih 250 tebusan, menurut perangkaan rejim Israel.

Serangan tentera Israel itu telah menyebabkan Gaza di ambang kehancuran, membunuh lebih 37,400 orang, dengan 101 daripadanya terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Serangan berterusan tentera Israel turut menyebabkan hampir keseluruhan 2.3 juta penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal dan hidup melarat.

Setelah lebih lapan bulan perang tercetus, kemaraan Israel kini tertumpu kepada dua kawasan terakhir yang masih belum ditawan oleh tenteranya iaitu Rafah di pinggir selatan Gaza dan kawasan sekitar Deir al-Balah di tengah Gaza. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini