comscore
Tumpuan :
Dunia

Pusat Pemeriksaan Woodlands dibangunkan semula, elak sesak

WOODLANDS: Pusat Pemeriksaan Woodlands, (WCP) akan dibangunkan semula bagi penyelesaian jangka panjang dan mampan kepada kesesakan kronik di persimpangan sempadan darat antara republik itu dan Malaysia.

Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan, (ICA), WCP itu kelak akan beroperasi mulai 2028 dan tidak akan mengganggu operasi sedia ada.

Menurut ICA, sejak pembukaan WCP pada 1999, jumlah pengembara harian terus meningkat.

Dalam pada itu, bilangan pengembara yang melalui WCP diunjurkan mencecah 400,000 sehari menjelang tahun 2050.

Tanpa membangunkan semula WCP, ICA berkata, masa perjalanan untuk trafik kenderaan dibimbangi meningkat lebih 60-70 peratus pada waktu puncak menjelang 2050.

Kajian kebolehlaksanaan dan teknikal yang meluas juga telah dilakukan bagi menentukan jumlah tanah yang diperlukan untuk memenuhi permintaan masa depan.

 

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini