comscore
Tumpuan :
Dunia

Pushpa Kamal Perdana Menteri baharu Nepal

FOTO : AP

KATHMANDU:  Pushpa Kamal Dahal, yang dikenali sebagai “Prachanda,” dilantik sebagai perdana menteri Nepal yang baharu, sekali gus menamatkan pertikaian politik di negara itu.

Presiden Bidya Devi Bhandari melantik Dahal berdasarkan Perkara 76 (2) perlembagaan, menurut pejabat presiden dalam satu kenyataan.

Dahal dijangka mengangkat sumpah jawatan hari ini dan beliau perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dalam tempoh sebulan.

Lapor Kathmandu Post, beliau telah mendapat sokongan 169 Ahli Parlimen daripada 275 anggota setakat ini

Beliau kembali berkuasa untuk kali ketiga dengan sokongan parti pembangkang utama CPN-UML dan beberapa parti lain.

Pelantikan Dahal sebagai perdana menteri mengejutkan ramai pihak kerana partinya, CPN (Maoist Centre) menduduki tempat ketiga dengan hanya memperoleh 32 kerusi pada pilihan raya umum baru-baru ini.  -BERNAMA

Loading...
Terkini