comscore
Tumpuan :
Dunia

Putin puji pencapaian kerjasama keselamatan BRICS

Foto: Reuters

ST. PETERSBURG: Presiden Rusia, Vladimir Putin, memuji pencapaian BRICS dalam memupuk kerjasama keselamatan dalam kalangan anggotanya.

Agensi Anadolu melaporkan, Putin ketika pada mesyuarat wakil-wakil peringkat tinggi BRICS mengenai isu-isu keselamatan di St. Petersburg menekankan penubuhan daftar elektronik khas untuk berkongsi data mengenai serangan siber dan insiden sebagai salah satu pencapaian utama kumpulan itu.

Menurut Putin, keputusan menubuhkan Majlis BRICS bagi memerangi pembiayaan keganasan dan pengubahan wang haram kini di peringkat akhir.

Pada Julai, sesi pleno kesembilan kumpulan kerja mengenai pembanterasan keganasan diadakan di Moscow, menghasilkan keputusan yang positif.

Dalam usaha memerangi rasuah, beliau berkata negara-negara BRICS atas inisiatif Rusia telah meluluskan pendekatan bersama untuk membanteras rasuah serta mendapatkan kembali aset dan pendapatan yang diperoleh melalui aktiviti haram.

BRICS, yang diasaskan pada 2009 dengan penyertaan Brazil, Rusia, India, dan China, berkembang pada 2011 dengan kemasukan Afrika Selatan. Walaupun kumpulan itu telah diperluas dengan penyertaan enam negara baharu pada Disember 2023, keputusan kolektif diambil untuk mengekalkan nama asal BRICS.

Rusia, yang memegang jawatan presiden bergilir kumpulan itu pada 2024 akan menganjurkan Sidang Kemuncak BRICS ke-16 di Kazan dari 22 hingga 24 Oktober.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini