comscore
Tumpuan :
Dunia

Puting beliung ragut 23 nyawa di Mississippi

– FOTO: Reuters

MISSISSIPPI: Sekurang-kurangnya 23 orang maut susulan puting beliung yang membadai Mississippi, Amerika Syarikat.

Menurut agensi media BBC, sebahagian penduduk dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan bangunan.

Beberapa pekan kecil di dalam negeri Mississippi terjejas teruk dengan sistem pengangkutan tergendala di samping puluhan ribu kediaman berdepan gangguan bekalan elektrik yang terputus.

Media tempatan turut memaklumkan beberapa negeri di bahagian selatan AS turut dilanda ribut.

Dalam pada itu, Gabenor Mississippi, Tate Reeves dalam ciapan di Twitter rasminya mengarahkan pasukan mencari dan menyelamat segera ke lokasi yang dilanda bencana bagi menghulurkan bantuan kepada penduduk tempatan.

Loading...
Terkini