comscore
Tumpuan :
Dunia

Pyongyang-Moscow bincang dialog strategik, Barat gusar?

FOTO: Reuters

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un bertemu pegawai keselamatan utama Rusia, Sergei Shoigu di Pyonyang bagi membincangkan dialog strategik terperinci antara kedua-dua negara.

Lapor KCNA, keduanya bertukar pandangan mengenai situasi serantau dan antarabangsa termasuk kerjasama untuk mempertahankan kepentingan keselamatan bersama.

Sebelum ini, Amerika Syarikat dan Ukraine termasuk beberapa penganalisis bebas mendakwa Pyongyang membantu Rusia dalam pencerobohan ke atas Ukraine.

Ini termasuk membekalkan roket dan peluru berpandu sebagai balasan untuk bantuan ekonomi dan ketenteraan lain daripada Moscow.

Sementara itu, Moscow dan Pyong menafikan tuduhan terbabit namun berjanji meningkatkan kerjasama ketenteraan dan menandatangani perkongsian strategik komprehensif pada sidang kemuncak Jun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini