comscore
Tumpuan :
Dunia

Pyongyang pertama kali papar imej mesin hasilkan nuklear

PYONGYANG: Korea Utara buat pertama kali memaparkan imej ‘centrifuge’ atau mesin yang menghasilkan bahan bakar untuk bom nuklear di negara itu.

Pendedahan itu ketika pemimpin Kim Jong Un melawat Institut Senjata Nuklear di republik berkenaan.

Dalam pada itu, Kim menyeru pengeluaran lebih banyak bahan gred senjata bagi meningkatkan senjata nuklear di negara itu.

Media tempatan melaporkan lawatan Kim ke institut itu serta memaparkan gambar mesin menghasilkan bom nuklear terbabit.

Perkara itu satu yang jarang berlaku mengenai program nuklear Korea Utara yang diharamkan di bawah pelbagai resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Gambar-gambar berkenaan menunjukkan Kim berjalan di antara barisan panjang mesin bagi menghasilkan bom nuklear.

Bagaimanapun, laporan terbabit tidak menyatakan dengan jelas bila lawatan diadakan serta di lokasi sebenar kemudahan.

Kim turut menggesa pekerja untuk menghasilkan lebih banyak bahan untuk senjata nuklear taktikal dengan menegaskan senjata nuklear negara itu adalah penting untuk menghadapi ancaman daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

Kim mendakwa, senjata itu diperlukan untuk pertahanan diri dan keupayaan untuk menghadapi serangan musuh.

Media antarabangsa melaporakan, Korea Utara dipercayai mempunyai beberapa tapak untuk penghasilan bom nuklear.

Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Rafael Grossi, berkata pemerhati nuklear PBB sudah meneliti aktiviti yang konsisten dengan operasi reaktor dan loji pengayaan ‘centrifuge’ yang dilaporkan di Yongbyon.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini