comscore
Tumpuan :
Dunia

Qantas setuju bayar denda AS$66 juta babit skandal penerbangan hantu

FOTO: Reuters

SYDNEY: Syarikat Penerbangan Australia, Qantas bersetuju membayar denda sebanyak AS$66 juta selepas dituduh terlibat dalam skandal penerbangan hantu.

Qantas mengakui pihaknya mengelirukan pengguna dengan mengiklankan tempat duduk dalam puluhan ribu penerbangan meskipun penerbangan itu telah dibatalkan.

Qantas turut akan memberi pampasan AS$13 juta kepada 86,000 pelancong yang terjejas akibat pembatalan dan kegagalan penjadualan semula.

Ketua Pegawai Eksekutif Qantas, Vanessa Hudson berkata syarikat itu telah mengecewakan pelanggan selain memburukkan imej penerbangan.

Ia juga disebabkan kegagalan pihak pengurusan Qantas mengeluarkan notis pemberitahuan berhubung pembatalan terbabit tepat pada masanya. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini