comscore
Tumpuan :
Dunia

Raja Charles III disahkan hidap kanser

LONDON: Raja United Kingdom, Raja Charles III disahkan menghidap kanser dan setiap tugasan awam baginda ditangguhkan buat sementara waktu.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Istana Buckingham.

Sebelum ini, media Britain berteka-teki mengenai status kesihatan Raja Charles III setelah baginda dimasukkan ke hospital hujung bulan lalu bagi mendapatkan rawatan.

Istana Buckingham dalam kenyataan sama mengesahkan keberadaan baginda di hospital adalah bagi merawat pembesaran prostat, namun sumber dalaman istana menafikan ia bukanlah kanser yang dimaksudkan, sebaliknya pasukan perubatan mengesan kawasan lain yang dijangkiti kanser pada raja berkenaan.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung jenis dan tahap kanser yang dihadapi oleh Raja Charles III.

Baginda dalam pada itu dilaporkan positif terhadap perkhabaran terbabit dan komited menjalani rawatan untuk kembali bertugas sesegera mungkin.

Loading...
Terkini