comscore
Tumpuan :
Dunia

Raja Jordan hantar sendiri bantuan untuk Gaza

Foto: Reuters

GAZA: Raja Jordan, Raja Abdullah menyertai misi kemanusiaan melepaskan makanan daripada pesawat tentera udara Jordan di Gaza.

Video yang diterbitkan pejabat Raja Abdullah menunjukkan baginda menaiki pesawat dan menolak bungkusan bantuan diikuti peti yang lebih besar dijatuhkan dari ruang kargo.

Pada Selasa, Raja Abdullah berkata, bantuan kemanusiaan untuk Gaza harus dilipatganda dalam usaha mengelakkan krisis kelaparan melibatkan lebih dua juta orang terus berpanjangan.

Jordan pada masa sama menggesa sekutu-sekutunya di Barat mendesak Israel meningkatkan bantuan yang datang dari kerajaan melalui Kerem Shalom di sempadan Mesir, Israel dan di luar lintasan Rafah.

Foto: Reuters

Aliran bantuan yang masuk ke Gaza dari Mesir merudum secara dramatik dalam beberapa minggu terakhir.

Namun penipuan jelas Israel mendakwa, mereka tidak menghalang bantuan dan menyalahkan PBB dan pihak Palestin atas sebarang kelewatan.

Jordan telah dijadikan sebagai pusat serantau untuk bekalan kemanusiaan ke Gaza, melakukan empat penerbangan buat pertama kali pada Isnin buat bersama tentera Perancis menjatuhkan makanan kepada ribuan orang yang menunggu di kawasan pantai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini