comscore
Tumpuan :
Dunia

Raja Norway selamat jalani prosedur pasang implan perentak jantung di Langkawi 

Raja Norway, Raja Harald V

KUALA LUMPUR: Raja Norway, Raja Harald V selamat menjalani prosedur implan perentak jantung di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi hari ini.

Menurut kenyataan di laman sesawang www.royalcourt.no., prosedur itu dijalankan berikutan kadar denyutan jantung baginda yang lemah seperti yang disahkan oleh doktor peribadi baginda Bjorn Bendz.

“Keputusan mengenai prosedur itu dibuat awal hari ini dan prosedur itu berjaya. Baginda dalam keadaan baik tetapi masih memerlukan rehat,” menurut kenyataan itu yang memetik Bendz.

Bendz berkata, implan perentak jantung itu membolehkan baginda untuk berangkat pulang ke Norway dengan lebih selamat.

Urusan untuk keberangkatan pulang baginda Ke Norway sedang dijalankan dan proses itu dijangkakan mengambil masa beberapa hari, menurut kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan Raja Harald V sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Maliha di Langkawi selepas gering ketika bercuti di Malaysia.

Raja Harald V dijadual menyambung semula tugas rasmi pada 8 Mac dan baginda dijadual bertemu ahli Kabinet di Istana Diraja di Oslo.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini