TURKIYE: Seorang warganegara Amerika Syarikat, Mark Dickey yang terperangkap selama beberapa hari dalam Gua Morca akhirnya sudah ditemui.
Operasi menyelamat yang sulit itu melibatkan lebih 100 anggota penyelamat dan pakar dari beberapa negara.
Imej yang diperoleh menunjukkan Dickey diusung keluar sekumpulan anggota penyelamat.
Misi menyelamat itu berdepan kesukaran apabila mereka terpaksa melalui laluan berliku dan sempit pada kedalaman lebih 1,000 meter gua berkenaan.
Dickey dilaporkan mengalami pendarahan dalam perut sewaktu sedang menyertai misi eksplorasi antarabangsa di pergunungan Taurus, wilayah Mersin.
Lebih dari 150 anggota penyelamat dari Turkiye dan negara lain dikerah dalam misi menyelamat ini.
Mereka berharap operasi itu akan berakhir sekurang-kurangnya malam esok.