comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Rakyat Indonesia ‘mudik’ ke kampung halaman berdepan kesesakan luar biasa


JAKARTA: Lebaran disambut menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan dan di Indonesia sahaja, ia diraikan lebih 220 juta orang, populasi muslim terbesar dunia.

Seorang warga Indonesia, Aditya Nugraha, 21, sanggup menempuh perjalanan lebih 500 kilometer (km) dari ibu kota Jakarta ke kampung halamannya di Palembang, Sumatera hanya untuk menyambut perayaan Aidilfitri.

Aditya adalah seorang daripada jutaan rakyat yang pulang ke kampung halamannya dan pergerakan itu dikenali ‘mudik’ yang biasanya menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk, terutamanya di pulau utama Jawa.

Kenderaan beratur menaiki feri bagi menyeberang ke pulau Sumatera, ketika umat Islam Indonesia pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri, yang juga dikenali sebagai ‘mudik’, di Pelabuhan Merak di Cilegon, wilayah Banten, Indonesia, 7 April 2024. – Foto REUTERS

“Kami bertolak dari rumah malam tadi dan kini sudah 13 jam tetapi kami masih terperangkap dalam kesesakan yang sangat panjang ini.

“Mudah-mudahan akan ada penyelesaian untuk perkara ini tidak lama lagi,” kata Aditya kepada Reuters, semalam sambil menunggu feri melalui pelabuhan di bandar Merak untuk menyeberang dari Jawa ke Sumatera.

Rakaman dron, semalam juga menunjukkan ribuan kenderaan beratur memasuki feri, manakala banyak lagi berada di atas jalan di luar Merak, menuju ke pelabuhan itu.

Kementerian Pengangkutan berkata, penduduk yang tinggal di Jakarta, mula meninggalkan bandar padat 11 juta orang itu pada hujung minggu lalu.

Menurut tinjauan kementerian itu, kira-kira 193 juta orang dijangka melakukan perjalanan ketika perayaan tahun ini, meningkat 56 peratus berbanding Aidilfitri tahun lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini