comscore
Tumpuan :
Dunia

Rakyat Jordan gesa tamatkan perjanjian damai dengan Israel

FOTO: Reuters

AMMAN: Ribuan rakyat Jordan berhimpun berhampiran kedutaan Israel dalam protes besar-besaran hari keenam terhadap Israel, dengan menggesa kerajaan menamatkan perjanjian damai Jordan dengan negara haram itu.

Penunjuk perasaan di kawasan kejiranan mewah di Amman membawa bendera Palestin dan melaungkan menyokong perjuangan rakyat Palestin di Gaza.

Kedutaan Israel, tempat di mana penunjuk perasaan berkumpul selama enam hari berturut-turut, telah lama menjadi lokasi wajib untuk berdemonstrasi, apabila keganasan telah meningkat antara Palestin dan Israel.

Kawalan keselamatan yang ketat telah dilakukan oleh pasukan keselamatan Jordan, bertujuan untuk mengekang bilangan penunjuk perasaan.

Difahamkan perhimpunan ketika ini berlangsung aman, tidak seperti pada awal minggu ini apabila polis anti rusuhan melepaskan gas pemedih mata dan memukul penunjuk perasaan dengan belantan untuk menghalang mereka daripada menyerbu kedutaan Israel.

Pihak berkuasa di Jordan juga telah meningkatkan tangkapan dan gangguan terhadap penunjuk perasaan dalam kempen selama berbulan-bulan yang telah diselar oleh kumpulan hak asasi manusia antarabangsa, Amnesty International dan Human Rights Watch kerana menyekat kebebasan bersuara. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini