TEL AVIV: Ketegangan di Tel Aviv terus memuncak apabila penunjuk perasaan bertindak ganas.
Peserta yang berang mula membakar poster, kertas dan tayar di beberapa lokasi di tengah jalan raya kota itu.
Jelas kebencian terhadap ketua pengganas Benjamin Netanyahu kian membuak apabila mereka bersorak mencemuh pentadbir itu.
Peserta juga menyifatkan Netanyahu tidak berhati perut, ego dan lebih mementingkan diri daripada nyawa tawanan.
Setakat ini keadaan tiada tanda-tanda akan reda, sehingga gesaan mereka menuntut Netanyahu memuktamadkan keputusan gencatan senjata dan membawa pulang ahli keluarga mereka yang menjadi tebusan.
Susulan keadaan yang semakin tidak terkawal, pasukan keselamatan menahan beberapa penunjuk perasaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.