comscore
Tumpuan :
Dunia

Rampasan ganja terbesar Sepanyol lebih 32 tan, bernilai RM302 juta

Foto: Guardia Civil

MADRID, Sepanyol: Polis membuat rampasan ganja terbesar berjumlah lebih 32 tan dengan nilai hampir AS$64 juta dolar atau lebih RM302 juta.

Kesemua rampasan dinilaikan bersamaan dengan lebih 1.1 juta pokok ganja.

Polis turut menahan 20 individu berusia 20 hingga 59 tahun termasuk 11 wanita dalam beberapa operasi di seluruh negara.

Penahanan dibuat di sekitar Toledo, Ciudad Real, Valencia and Asturias bulan lalu, namun butiran operasi dengan nama jolokan ‘Gardens’ itu bagaimanapun hanya didedahkan semalam.

Rangkaian sindiket itu juga dipercayai membekalkan dadah ke seluruh Eropah.

Ia membabitkan beberapa syarikat yang menjalankan operasi termasuk membeli biji benih ganja, menanam, mengering dan penghantaran ke destinasinya.

Kesemua dadah dimuatkan dalam bungkusan kedap udara sebelum dipasarkan.

Loading...
Terkini