comscore
Tumpuan :
Dunia

Ratusan ribu ikan mati terapung di sungai

FOTO: AFP

MENINDEE: Ratusan ribu ikan yang mati dilihat terapung di Sungai Darling, berhampiran bandar Menindee, sekitar 1,000 kilometer ke barat Sydney, Australia.

Difahamkan kematian ratusan ribu ikan itu pernah berlaku di kawasan sama pada tahun 2018 dan 2019 di mana ia mencatatkan sehingga sejuta ikan mati akibat aliran air yang lemah, kemerosotan kualiti air serta perubahan suhu yang mendadak.

Jabatan Perancangan dan Alam Sekitar, New South Wales memaklumkan, paras oksigen terlarut di sungai itu kekal membimbangkan dan boleh memudaratkan kehidupan akuatik di sungai itu.

Susulan kematian ratusan ribu ikan itu, pegawai perikanan negeri telah dihantar ke kawasan itu untuk melakukan penilaian dan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian. – REUTERS

Loading...
Terkini