comscore
Tumpuan :
Dunia

Rejim dakwa lancar serangan sasar Hizbullah di Lubnan

FOTO: Reuters

BEIRUT: Rejim Israel mendakwa melancarkan serangan menyasarkan pejuang Hizbullah di Lubnan.

Ia dikatakan tindak balas berikutan serangan peluru kumpulan itu ke wilayah Israel beberapa hari lalu.

Rakaman disiar memaparkan serangan Israel yang dikatakan mengenai pos pemerhati Hizbullah berhampiran bandar Khiam Lubnan, selain kemudahan tentera berhampiran Ayta Ash Shab.

Media Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan tarikh dan lokasi sebenar video itu dirakam.

Terdahulu, Hizbullah menyasar serangan ke utara Israel pada Rabu menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh orang cedera.

Susulan itu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran, rejimnya akan bertindak membalas terhadap pejuang itu, selari dengan tindakannya di Gaza.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini