comscore
Tumpuan :
Dunia

[VIDEO] Rejim dakwa serangan terbaharu korbankan pemimpin jihad keenam

 

Tentera Israel mendakwa membunuh pemimpin kanan keenam pejuang Jihad Palestin dalam serangan udara terbaharu di Semenanjung Gaza.

Dilaporkan, Iyad al-Hassani mengetuai operasi selepas beberapa komander pejuang kumpulan berkenaan terkorban Selasa lalu.

Menurut pihak perubatan, serangan pada Jumaat mengorbankan seorang lagi mangsa.

Foto : Reuters

Ia disusuli serangan roket dari Gaza dengan beberapa daripadanya mengenai kawasan berhampiran Baitulmaqdis.

Meskipun Mesir berusaha menjadi pengantara bagi rundingan damai, kedua-dua pihak dilihat belum bersedia meredakan ketegangan.

Situasi ini juga dikatakan yang terburuk sejak Ogos tahun lalu.

Foto : Reuters

Sehingga kini, 33 rakyat Palestin di Gaza menjadi korban dengan separuh daripadanya orang awam sejak bermulanya siri serangan rejim Israel kali ini.

Dalam pada itu, 147 mangsa dilapor cedera.

Loading...
Terkini