comscore
Tumpuan :
Dunia

Rejim zionis halang ketua UNRWA memasuki Gaza

FOTO: Reuters

GAZA: Lagi tindakan bacul Israel apabila menghalang Ketua Agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini daripada memasuki Gaza.

Malah ia adalah sekatan kali kedua terhadap Lazzarini sejak perang Israel-Palestin bermula 7 Oktober tahun lalu.

Lazzarini menerusi platform X rasminya menegaskan bahawa Israel terus menafikan akses kemanusiaan ke atas PBB.

Di mana, Lazzarini disekat memasuki Gaza bersama kakitangan UNRWA yang lain.

Jelasnya lagi, dalam tempoh dua minggu lalu, 10 insiden direkodkan berhubung tembakan ke arah konvoi, penahanan kakitangan PBB, ugutan menggunakan senjata dan kelewatan di pusat pemeriksaan yang memaksa konvoi bergerak waktu gelap.

Beliau turut menggesa penyiasatan bebas terhadap tembakan peluru berpandu yang membawa kepada penutupan persimpangan bantuan utama Israel-Gaza. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini