comscore
Tumpuan :
Dunia

Remaja antara empat maut dalam operasi tentera Israel

FOTO: AP

TEBING BARAT:  Empat penduduk Palestin terbunuh dalam beberapa serbuan tentera Israel di Timur Baitulmaqdis dan Tebing Barat.

Menurut The Palestinian Information Center, dua termasuk seorang remaja maut dalam serbuan di Kem Pelarian Jenin.

Salah seorang mangsa yang berusia 28 tahun yang juga anggota Kumpulan Pergerakan Jihad Islam maut akibat kecederaan parah di kepala, dada dan perut.

Tiga lagi penduduk Palestin cedera dalam serbuan sama.

Manakala satu lagi insiden di Baitulmaqdis menyaksikan seorang penuntut universiti maut selepas ditembak tentera rejim.

FOTO: AP

Keganasan memuncak ketika Israel dalam proses akhir memuktamadkan kiraan undi PRU Israel yang diadakan minggu ini, dengan bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, dijangka memimpin dengan majoriti selesa.

Pemimpin parti Likud itu dijangka membentuk kerajaan gabungan dengan parti ultra Ortrodoks Yahudi dan parti Religious Zionism.

Berdasarkan keputusan jawatankuasa pilihan raya lewat semalam, gabungan tiga parti itu sudah memperoleh 64 daripada 120 kerusi di Knesset atau Parlimen Israel. – AP / PALINFO

Loading...
Terkini