comscore
Tumpuan :
Dunia

Remaja palestin korban baharu tentera Israel di Tebing Barat

FOTO : The Palestinian Information Center

TEBING BARAT: Remaja Palestin berusia 18 tahun menjadi korban terbaharu tentera rejim Israel di Nablus awal pagi tadi.

Pasukan Bulan Sabit Merah mengesahkan mangsa Mahdi Muhammad Hashash mengalami kecederaaan parah di perut dan kaki dalam oeprasi tentera rejim di Kem Pelarian Balata.

Dia yang digegaskan ke hospital disahkan maut tidak lama kemudian.

Menurut laman web The Palestinian Information Center, serbuan sama turut menyaksikan tiga lagi remaja cedera ditembak.

Manakala 57 yang lain mengalami sesak nafas selepas dibaling dengan gas pemedih mata.

Pada masa sama, operasi tentera rejim turut dilancarkan di pusat bandar bagi memberi laluan kepada ratusan penduduk Yahudi untuk mara ke Nablus.

Tentera rejim dilapor melepaskan tembakan senjata api dan gas pemedih mata bertali arus ke arah penduduk Palestin

Dalam satu lagi serbuan di Baitulmaqdis, lima penduduk Palestin ditahan tentera Israel.

Dua ditahan di al-Khalil, tiga di Ramallah manalala dua lagi individu ditahan di Nablus dan Tukarem.

Dianggarkan kira-kira 4,700 penduduk Palestin kini berada dalam tantahan rejim Israel termasuk 30 wanita dan 190 kanak-kanak di bawah umur.

 

Loading...
Terkini