comscore
Tumpuan :
Dunia

Republik Czech catat hampir 15,000 kes batuk kokol, 6 maut

PRAGUE: Republik Czech merekodkan hampir 15,000 kes batuk kokol atau pertussis dengan enam orang yang dijangkiti telah meninggal dunia sejak awal tahun ini, menurut Institut Kesihatan Negara (SZU).

Dalam laporan situasi epidemiologi yang diterbitkan pada Isnin, SZU berkata negara Eropah tengah itu telah melaporkan peningkatan kes batuk kokol, penyakit pernafasan yang mudah berjangkit sejak awal tahun ini, dengan kes mingguan melebihi 1,000 selama sembilan minggu berturut-turut sejak 18 Mac, lapor Xinhua.

Pada minggu 13-19 Mei, sebanyak 1,383 kes telah direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 14,832 kes.

Menurut SZU, daripada 14,832 kes itu, 4,200 melibatkan golongan muda berumur 15 hingga 19 tahun manakala 1,112 tidak divaksin dan 2,573 lagi status vaksinasi tidak diketahui.

Media tempatan melaporkan bahawa wabak itu di negara dengan populasi 10.9 juta orang pada tahun ini adalah yang paling teruk sejak tahun 1960-an.

Wabak itu terutamanya disebabkan oleh vaksin yang kurang berkesan untuk remaja dan penurunan dalam kadar vaksinasi keseluruhan.  – BERNAMA-XINHUA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini