comscore
Tumpuan :
Dunia

Republik Dominika: Dinding runtuh hempap kenderaan, 9 maut

FOTO: Reuters

REPUBLIK DOMINIKA: Sekurang-kurangnya 9 terbunuh apabila dinding sebuah benteng runtuh di bandar Santo Domingo.

Menurut Kementerian Kerja Raya, runtuhan menghempap tiga kenderaan yang kebetulan berada di lokasi itu.

Pasukan kecemasan bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Laporan media antarabangsa mendedahkan, insiden berlaku ketika hujan lebat melanda bandar itu.

Ramalan cuaca buruk turut memaksa kerajaan mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada penduduk di 30 wilayah di seluruh negara. – REUTERS

Loading...
Terkini