CHOCO: Banjir buruk menjejaskan kehidupan harian ribuan penduduk di barat laut Colombia.
Alto Baudo dan Medio Baudo antara daerah paling teruk terjejas.
Arus limpahan air sungai bergerak ke penempatan penduduk di kawasan rendah.
Banjir turut mengakibatkan kemusnahan kediaman selain binatang ternakan dan ladang.
Pasukan kecemasan dikerah ke lokasi terjejas bagi membantu penduduk. – REUTERS
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.