comscore
Tumpuan :
Dunia

Ribuan serta tunjuk perasaan bantah tindakan bakar Al-Quran

Foto: REUTERS

KABUL: Ribuan penduduk Afghanistan menyertai tunjuk perasaan bagi membantah tindakan biadap membakar Al-Quran oleh Rasmus Paludan di Sweden minggu lalu.

Tunjuk perasaan diadakan di beberapa wilayah termasuk Badakshan selepas waktu solat.

Mereka yang hadir turut melaungkan slogan kematian kepada Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, PBB

Jurucakap gabenor menjelaskan, kejadian seumpama itu tidak patut berulang.

Malah pemimpin negara Islam juga digesa mengambil pendirian tegas berhubung insiden itu. –  REUTERS

Loading...
Terkini