BRUSSELS: Ribuan penduduk menyertai tunjuk perasaan di Brussels sebagai solidariti dengan pekerja dari kilang Audi yang dijadualkan ditutup.
Menurut pihak polis, seramai 5,500 orang telah menyertai tunjuk perasaan di ibu kota Belgium itu.
Kesatuan sekerja tempatan telah menyeru tunjuk perasaan diadakan sebagai tanda solidariti dengan pekerja Audi.
Penunjuk perasaan yang hadir menuntut pelan sokongan untuk mengekalkan pekerja industri itu
Mereka juga menyeru agar pelan perindustrian yang dinamik dan tahap pekerjaan berkualiti dilaksanakan
Tindakan diambil sebagai reaksi terhadap keputusan Audi untuk menutup kilangnya di kawasan Forest, salah satu kejiranan di Brussels, di mana sekitar 3,000 orang bekerja.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.