Tumpuan :
Dunia

Ribut Herminia: Amaran tahap merah dikeluarkan di Ile-et-Vilaine

FOTO: Reuters

PERANCIS: Rumah dan jalan raya ditenggelami air di barat Perancis, di sekitar bandar Rennes, pada hari Isnin (27 Januari), selepas Ribut Herminia membawa hujan lebat ke wilayah Brittany.

Kawasan kejiranan di bandar Le Pont Rean dan Guipry-Messac ditenggelami air dengan penduduk berusaha melindungi rumah mereka daripada banjir dan menyelamatkan barang-barang yang mampu diselamatkan.

FOTO: Reuters

Pasukan penyelamat turut membantu beberapa penduduk untuk berpindah.

Agensi cuaca kebangsaan Perancis pada hari Isnin meletakkan daerah Ile-et-Vilaine di Brittany dalam status amaran merah kerana risiko banjir besar. – REUTERS

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini