
AMERIKA SYARIKAT: Lebih 240,000 penduduk terputus bekalan elektrik susulan ribut salji yang melanda New York, Maine, Massachusetts and New Hampshire.
Salji tebal melebibi 90 sentimeter dicatatkan di kawasan tertentu.
Keadaan mungkin bertambah buruk dengan Jabatan Kaji Cuaca Tempatan meramalkan salji melebihi 360 sentimeter di Vermont, New Hampshire dan Maine
Angin kencang dan salji tebal juga dijangka mengundang risiko bahaya bagi pengguna jalan raya.
Susulan itu, orang ramai dinasihati untuk tinggal di rumah dan elak perjalanan tidak perlu.
Lebih 1,000 jadual penerbangan dibatal atau ditangguhkan di seluruh negara. – CNN