comscore
Tumpuan :
Dunia

 Ribut ‘Pineapple Express’ cetuskan bencana besar di selatan California

Ribut ‘Pineapple Express’ mengakibatkan bencana besar di selatan California dengan lebih 100 kejadian banjir lumpur dilaporkan serta mengakibatkan dua kematian penduduk.

Selain hujan lebat, angin kencang sehingga 160 kilometer sejam dicatatkan di kawasan tertentu.

Banjir dan banjir lumpur dilaporkan di banyak kawasan menenggelamkan kediaman dan kenderaan penduduk.

Kawasan terjejas termasuk Malibu, Beverly Hills dan Santa Monica.

Kira-kira 25 struktur termasuk bangunan musnah.

Angin kencang dan hujan lebat turut mengakibatkan lebih 500,000 penduduk terputus bekalan elektrik.

Lebih 1,000 jadual penerbangan di beberapa lapangan terbang utama juga dibatalkan.

Terdahulu, amaran hujan lebat dikeluarkan kepada lebih 16 juta penduduk di selatan California.

Amaran tahap sangat bahaya dikeluarkan pihak berkuasa tempatan kepada penduduk di Hollywood – CNN

Loading...
Terkini